Skip to main content

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

 



NAK KURUS SEBELUM RAYA?

Saya sudah turun 12kg. ANDA?



Assalamualaikum hi ... 

Kalau sebelum ni Dalam entry MJ ada share tentang Set Puasa Shaklee, dan insyaAllah entry kalini MJ akan share tentang Set Kurus Shaklee pula.

Ramai yang berhasrat nak turunkan berat badan terutama sebelum Raya kan? Kebiasaan Hari Raya ni lah nak jumpa sanak saudara, jumpa kawan kawan, mesti la kita nak badan nampak cantik dan slim kan.  Alang alang berpuasa boleh sambil diet untuk turunkan berat badan. Dapat turun 4-5kg pun jadilah kan sebelum Raya ni.
Mana tahu bertukar saiz dari XXL ke L atau M ke kan!😍

Berdasarkan pengalaman kalau berat badan obese atau besar, badan memang rasa tak selesa, nak bergerak susah, rasa mengahhh je rasa, nak beribadah pun tak selesa, paling tak besttt bila jumpa orang tegur 
"Mengandung ke"?  
"Ada isi ke"?
"Makin besar eh sekarang" makin sihat na sekarang

SADIS betul bila kita terlebih 'sihat' orang ingat mengandung lagi padahal LEMAK keliling badan😓 hahahaha. Banyak lagi perkataan tak best kalau jumpa orang, hanya yang alami yang merasainya😂 

Dan sebab tu sebab utama MJ nak turun berat badan sebab  nak badan lebih sihat, lebih fit, nak beribadah pun mudah ringan badan, dan lebih konfiden bila jumpa orang!

Sebelum ni Mj pernah capai berat paling tinggi ialah 90KG! 
 Asbab masa tu craving sangat nak makan macam macam makanan viral. Pagi makan, tengahari makan, petang cari pulak kuih muih, malam suami balik makan lagi, rajin betul order "Food Panda" sebab nak try makanan kedai. 

Kesannya tak sedar berat badan makin naik dan semakin membesar dengan jayanya.
Dengan sakit tumit kakinya, dengan asthma makin teruk jadi MJ pun decide untuk turun berat badan. Mj mula diet dengan EAT CLEAN, SUKU SUKU SEPARUH & IF untuk bulan pertama.

Menu Harian Mj masa diet

PAGI - Shake Minuman protein 
TENGAHARI- Ambil makanan suku suku separuh, 
MALAM- Shake Minuman Protein
Snacks - Buah buahan

Dan selepas jam 7 petang Mj dah stop makan, Dan berpuasa sambung keesokkan paginya pula untuk makan pagi.


Alhamdulillah bulan pertama berat MJ turun sebanyak 4.3 kg!




Dan bulan seterusnya berat Mj turun sikit sikit sampai lah berjaya turun berat sebanyak 12KG!

Walaupun tak berjaya lagi capai berat ideal, MJ bersyukur 12 kg ni pun dah rasa perubahan pada badan MJ

💜BADAN RASA RINGAN
💜BADAN RASA FIT
💜HILANG MENGAH
💜HILANG BIJI KOLESTROL
💜HILANG SAKIT TUMIT

ALHAMDULILLAH, 
Dan insyaAllah MJ juga masih dalam perjalanan turunkan berat badan dalam PROJEK KURUS RAYA 2023💪

Dan ramai juga kawan kawan yang diet dan consume Set Hello New You Shaklee yang dah berjaya turun berat badan dan automatik semua nampak awet muda!😍

Apa pun yang penting kena BERMULA dengan diri sendiri dan kena konsisten.












Yang paling membantu MJ untuk turun berat badan ialah 80% dari segi pemakanan. Dan Mj ambil suplement dari Shaklee iaitu Set Kurus Shaklee sebagai sokongan untuk bantu cepatkan lagi penurunan berat badan. 
Kalau tengok latar belakang produk pun , rasa yakin nak consume sebab pembuatan produk Shaklee dari alam semulajadi dan ada kajian dari pakar saintis.

Dan ada Set Kurus Shaklee yang lengkap dengan berfungsi untuk membina otot, membakar lemak, dan detoks. Iaitu Set Hello New You yang terdiri daripada Protein Shake Cinch perisa Coklat , Omega Guard, Lecithin dan Herblax.

INI SET HELLO NEW YOU, sekarang PROMO PERCUMA CINCH COKLAT 1 TONG


Bagaimana Set Hello New You  membantu dalam penurunan berat badan?


Cinch Chocolate 
Kaya dengan protein dan "LEUCINE" . Badan kita tidak dapat hasilkan leucine dan mesti diperolehi daripada sumber pemakanan. Dan kajian mendapati lecuine membantu penghasilan otot, menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak, Menyokong pemulihan otot dan mengurangkan keletihan otot selepas bersenam. Cinch Shake juga dibuat sebagai "meal replacement" yang menggantikan makan pagi/malam.

Omega Guard
Omega Guard bertindak dengan menyingkirkan lemak lemak dibadan. Disamping itu juga  Omega mengandungi fatty acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan termasuklah hormon LEPTIN yang berfungsi mengawal selera makan dan mengawal rasa lapar.

Lecithin
Lecithin untuk mengemulsi atau memecahkan lemak. Lecithin akan membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman. Lecithin juga dapat membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat.

Herblax
Campuran proprietari Herblax termasuk daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Merancang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh. Untuk kurus Herblax membuat pembersihan usus dengan sangat lancar.

Dan seriusly korang kena try sebab memang membantu untuk perut lebih kenyang, mudah nak membuang dan bantu kick lelemak korang.


Dan bulan ni ada PROMOSI guys! Belian Hello New You Set akan dapat FREE CINCH SHAKE COKLAT 1 TONG yang bernilai RM 190 . Dan bukan tu je korangg..

Setiap belian juga akan dapat
-FREE KEAHLIAN . Kalau ikutkan jadi ahli perlu bayar RM 35 Tapi untuk belian Hello New You akan dapat Keahlian secara PERCUMA!

Postage juga PERCUMA

HARGA ASAL UNTUK HELLO NEW YOU SET RM 441


PROMOSI hanya RM 353 untuk 5 item produk.


Dan kalau berminat nak turun berat badan dengan Set Kurus Shaklee boleh klik SINI


#BLOGMEGASHAKLEE
#SHAKLEETHRIVE2023
#SHAKLEETRIUMPH2023






Comments

  1. Banyak penurunan tu. Alhamdulillah tahniah. Nak kurus tak mudah kan namun tak sukar bila ada supplement yang banyak membantu.

    ReplyDelete
  2. Wow, hebatnya dah turun 12 kg. Tahniah, jeles nyer. Terima kasih share journey, nanti nak cuba jugak lah.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dah banyk turun, boleh la melaram dengan baju cantik raya nanti. Tak sbar nak follow cara yang sis amalkan

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah, Set Kurus Shaklee ada promosi Ramadan ke grab cepat-cepat sementara stok ada

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, inspired ! Doakan yong juga ya .. buat masa sekarang kita cuba maintan DSSS

    ReplyDelete
  6. Wahhhh hebat 12 kg dah hilang. Semoga saya pun mampu kurus la juga sblm raya ... Amin.

    ReplyDelete
  7. banyaknya mj susut!!tahniah mj. saya nk cuba juga lah, harap menjadi!

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dah banyak berat turun tu. Moga terus konsisten dan dapat berat ideal

    ReplyDelete
  9. Sentap pulak bila orang tanya, mengandung ke? Padahal kosong huhu sabar jelah. Btw tahniah tau dapat turun berat, banyak jugak tu. Moga dapat capai berat yang diimpikan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Dapatkan Cash Rebate & Vitamin Percuma dari Shaklee

  Hi! Assalamualaikum.. InsyaAllah entry kalini MJ akan share tentang Cara untuk dapatkan Cash Rebate & Vitamin Percuma dari Shaklee. Bestkan beli produk Shaklee , tiba tiba dapat pula duit. Tak ke pelik tu. Tak pernah lagi shopping mana mana tempat, dapat semula duit 😍. Lagi seronok nak membeli kan? Nak tahu lebih lanjut jommm MJ share antara Cara untuk anda dapatkan Cash Rebate dari Shaklee. 1. DAFTAR KEAHLIAN Yang pertama sekali anda perlu mendaftar sebagai Ahli Shaklee  dan dapatkan no id Shaklee anda. Selepas anda dah menjadi Ahli Shaklee barulah anda layak untuk mendapat Cash Rebate dari Shaklee.  2. BELIAN PRODUK SHAKLEE Untuk anda mendapat Cash Rebate dari Shaklee anda perlu buat belian minima RM 510 . Seperti dalam rajah dibawah ini, Cash Rebate yang anda boleh dapat minima bermula dari 5% sehingga 21%. Belian tidak semestinya dari anda seorang sahaja. Anda boleh mengajak rakan rakan atau saudara anda untuk membeli produk Shaklee. Anda hanya perlu share kebaikan produk y

Mutiara Kata dari TG Sheikh Zainul Asri

  Assalamualaikum semua, insyaAllah entry kalini MJ ada nak share sedikit kata kata motivasi beserta perkongsian hasil dari Kuliah Tuan Sheikh Zainul Asri ☺️ Antara point penting secara ringkasnya ialah: ✅ Semakin nak jadi baik semakin banyak ujian ✅ Allah uji dengan kesenangan nak tengok kita bersyukur ke tidak ✅ Allah uji dengan kesusahan nak tengok kita bersabar atau tidak ✅Allah beri ujian untuk betulkan tujuan yang salah.Tujuan hanya untuk Allah Dan Rasul. ✅ Allah beri ujian tanda Allah sayang kat kita ✅ Diberi ujian ucap Alhamdulillah sebab Allah masih ingat kat kita ✅ Orang yang buat baik dengan tujuan tak baik dia sedang menempah kehidupan dunia yg tak dapat keredhaan Allah Dan kecelakaan di hari akhirat ✅ Sentiasa “betul dengan Allah” ✅ Banyak muhasabah diri dari melihat kesilapan org lain Dan sedikit tambahan perkongsian dari Mj sendiri, Kadang ada yang bertanya, "kenapa makin berubah nak jadi baik, makin diuji?"  Begitulah fitrah kehidupan, hidup memang akan diuj

Bisnes Online Terbaik Di Malaysia

   BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA Rata - rata masyarakat harini banyak menjalankan bisnes online kerana prosesnya yang mudah hanya dihujung jari sahaja dan tanpa perlu buka kedai secara fizikal. Dan bisnes ini boleh dilakukan dimana mana dan bila bila masa sahaja. Ada banyak pilihan bisnes online yang boleh dilakukan. Tetapi bukan semua bisnes sesuai untuk semua, ada juga bisnes yang menggunakan modal yang tinggi dan tidak sesuai untuk masih baru nak mencuba ceburi dalam bisnes online. Jom Mj nak share antara bisnes online terbaik di Malaysia Sejak dari 2015 lagi Mj dah ceburi dalam bisnes online. Macam macam bisnes Mj dah pernah buat, tetapi bisnes yang paling lama dan setia sampai sekarang ialah bisnes Shaklee. Mj bermula bisnes Shaklee bermula pada Januari 2018, dan Alhamdulillah Mj masih menerima bonus dari Shaklee sehinggalah sekarang 2023. Nak tahu apa yang menyebabkan Mj memilih bisnes Shaklee dan setia sehingga harini? Jom baca 😉 BISNES ZERO KERUGIAN Benda pertama sekali b