Skip to main content

Mutiara Kata dari TG Sheikh Zainul Asri




 

Assalamualaikum semua, insyaAllah entry kalini MJ ada nak share sedikit kata kata motivasi beserta perkongsian hasil dari Kuliah Tuan Sheikh Zainul Asri ☺️ Antara point penting secara ringkasnya ialah:


✅ Semakin nak jadi baik semakin banyak ujian

✅ Allah uji dengan kesenangan nak tengok kita bersyukur ke tidak

✅ Allah uji dengan kesusahan nak tengok kita bersabar atau tidak

✅Allah beri ujian untuk betulkan tujuan yang salah.Tujuan hanya untuk Allah Dan Rasul.

✅ Allah beri ujian tanda Allah sayang kat kita

✅ Diberi ujian ucap Alhamdulillah sebab Allah masih ingat kat kita

✅ Orang yang buat baik dengan tujuan tak baik dia sedang menempah kehidupan dunia yg tak dapat keredhaan Allah Dan kecelakaan di hari akhirat

✅ Sentiasa “betul dengan Allah”

✅ Banyak muhasabah diri dari melihat kesilapan org lain



Dan sedikit tambahan perkongsian dari Mj sendiri,

Kadang ada yang bertanya, "kenapa makin berubah nak jadi baik, makin diuji?"

 Begitulah fitrah kehidupan, hidup memang akan diuji. Kenapa Allah uji? Kerana Allah nak tengok siapa yang paling baik amalannya. Siapa yang bersabar dengan ujianNya. 


Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: 

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” 

(Surah al-Ankabut, ayat 2-3)



Kadang bila kita nak hijrah berubah nak jadi lebih baik, ada je ujian yang datang, ujian kehilangan orang tersayang, orang jauh dengan kita, orang mengejek kita, ungkit kisah silam kita dan macam-macam ujian lagi dan sebagainya. Ujian itu diberi tandanya Allah nak bersihkan diri kita dari dosa, Allah nak jadikan kita lebih kuat, Allah nak angkat darjat kita.


Dengan ujian jadikan kita Lebih Allah Cinta, lebih Allah Redho. Dengan Ujian itulah yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Allah saja tempat pergantungan kita. Tiada yang lain selayaknya yang kita harapkan pertolongan melainkan pertolongan dariNYA.

Yang paling penting perlu sabar dengan setiap ujian dari Allah. Kita sebagai Umat Islam harus tidak berputus asa dalam menerima takdir ujian kehidupan. Laluilah dengan sabar dan yakin setiap ujian itu ada hikmah besar disebaliknya.

Rasulullah SAW pernah menjelaskan kehebatan orang beriman kerana mereka sentiasa bersyukur  dan bersabar dalam menghadapi urusan dunia


Baginda bersabda yang bermaksud: “

Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.”

 (Hadis Riwayat Muslim)


Semoga Ujian dijadikan pelajaran hidup untuk kita dapat Rahmat Dan kasih sayang dari Allah💚



Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee

    PENGALAMAN BERPUASA DENGAN SET PUASA SHAKLEE Bismillahirahmanirahim... BERPUASA DENGAN ESP Pengalaman Mj berpuasa dengan Set Puasa Shaklee bermula pada tahun 2018, Produk pertama sekali MJ cuba masa tu ESP. Tak sangka bila minum ESP perut memang tak meragam. Kalau nak tahu sebelum MJ kenal produk Shaklee, MJ ada masalah "GASTRIK". Asal puasa je pedih ulu hati, pedih perut, kadang sampai muntah. Memang lembik je badan sepanjang hari puasa, badan pun tak bermaya, rasa nak baring je.😖 Alhamdulillah bila kenal produk Shaklee, Sahur dengan ESP pun perut boleh tahan lapar sampai berbuka. Mudah je kadang tak berasap dapur sebab kami suami isteri shake protein ESP je pagi pagi, berbuka baru masak untuk makan berbuka. Alhamdulillah kesan yang sangat baik pada badan MJ bila minum ESP pada bulan puasa, Kesannya badan MJ rasa 👇 💕Badan bertenaga 💕Susu badan meriah 💕Hilang masalah gastrik 💕Perut selesa kenyang lama Awal awal tu rasa macam "eh betul ke kenyang perut ni minum...

Bisnes Online Terbaik Di Malaysia

   BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA Rata - rata masyarakat harini banyak menjalankan bisnes online kerana prosesnya yang mudah hanya dihujung jari sahaja dan tanpa perlu buka kedai secara fizikal. Dan bisnes ini boleh dilakukan dimana mana dan bila bila masa sahaja. Ada banyak pilihan bisnes online yang boleh dilakukan. Tetapi bukan semua bisnes sesuai untuk semua, ada juga bisnes yang menggunakan modal yang tinggi dan tidak sesuai untuk masih baru nak mencuba ceburi dalam bisnes online. Jom Mj nak share antara bisnes online terbaik di Malaysia Sejak dari 2015 lagi Mj dah ceburi dalam bisnes online. Macam macam bisnes Mj dah pernah buat, tetapi bisnes yang paling lama dan setia sampai sekarang ialah bisnes Shaklee. Mj bermula bisnes Shaklee bermula pada Januari 2018, dan Alhamdulillah Mj masih menerima bonus dari Shaklee sehinggalah sekarang 2023. Nak tahu apa yang menyebabkan Mj memilih bisnes Shaklee dan setia sehingga harini? Jom baca 😉 BISNES ZERO KERUGIAN Benda pertama...