TIPS KURUS DENGAN CEPAT
Terdapat banyak jenis kaedah untuk menurunkan berat badan. Contohnya diet intermittent fasting, diet suku suku separuh , diet keto, detoks, diet atkins dan sebagainya. Macam Mj sendiri juga amalkan kaedah intermittent fasting dan diet suku suku separuh untuk turunkan berat badan. Berat Mj pernah naik mendadak sehingga 90KG! Alhamdulillah Mj berjaya turun berat sebanyak 16kg.
Dalam banyak banyak tips, mesti korang nak tahu cara nak kurus dengan cepat kan? Jom Mj share 6 tips kurus dengan cepat mengikut pengalaman Mj sendiri.
1. KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI
Salah satu tips berkesan untuk kurus dengan cepat ialah dengan kurangkan pengambilan kalori harian. Contohnya badan kita perlukan 1300 kalori, kita perlu mengambil 1000-1300 kalori sahaja untuk membantu turunkan berat badan. Jika mengambil lebih dari kalori harian maka berat akan semakin naik dan tidak terjadi pembakaran lemak dalam tubuh.
Boleh download apps untuk memudahkan mengira kalori yang diambil dalam setiap nutrien pemakanan harian. Contohnya boleh menggunakan aplikasi calories counter 'fitnesspal' dan lain-lain.
2. LEBIHKAN PROTEIN
Untuk membantu penurunan berat badan dengan lebih efektif, boleh lebihkan pengambilan protein seperti ikan dan ayam. Paling terbaik boleh ambil protein tanpa lemak. Contohnya protein dari tumbuhan seperti kacang soya, produk soya, tauhu ,tempe dan kekacang. Elakkan untuk mengambil daging ketika proses penurunan berat badan.
Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ia dapat membantu mengekalkan jisim otot, membantu kurangkan selera makan dan bantu tingkatkan metabolisma badan. Jika nak lebih cepat, boleh tambah dengan senaman untuk pembakaran lemak lebih cepat.
Walaupun pemakanan adalah 80% yang membantu untuk kurus, Namun senaman juga membantu meningkatkan lagi metabolisma badan untuk proses pembakaran lemak yang lebih cepat. Tak pergi gym pun tak apa, boleh mula dengan 'briswalk, jogging', atau boleh buat senaman angkat beban dari rumah. Boleh buat senaman selama sekurangnya 30 minit setiap hari. Senaman dapat membantu melancarkan peredaran darah, buang toksin, buang lemak dan tingkatkan stamina.
4. PENGAMBILAN AIR YANG MENCUKUPI
Air ialah sumber semulajadi yang membantu proses penurunan berat badan. Sekurangnya boleh minum 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan air boleh menyingkirkan toksin dalam badan. Jika toksin penuh dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi pastikan badan cukup air ya setiap hari.
Dan elakkan minuman manis setiap hari kerana akan meyebabkan pertambahan kalori dan lebihan gula akan menyebabkan penghasilan lemak pada tubuh badan. Lebihkan air kosong, kalori air 0 kalari je dan bantu untuk kurus dengan lebih cepat. Tips paling mudah dan jimat kos.😉
5.TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan hormon terganggu. Selain itu tidur yang tidak cukup juga akan memperlahankan metabolisma badan. Mereka yang tidak cukup tidur dan sering mengantuk akan senang berasa lapar. Peningkatan nafsu makan disebabkan hormon 'ghrelin' dan 'leptin'.
Ghrelin adalah hormon yang dilepaskan pada perut yang menandakan rasa lapar pada otak. Kadar hormon ini melonjak ketika dalam keadaan lapar.
Manakala leptin adalah hormon yang dilepaskan daripada sel lemak. Hormon ini berfungsi memberi singal lapar dan kenyang. Ketika seseorang tidak cukup tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin yang membuatkan kita sentiasa berasa lapar.
Elakkan juga mengambil kafein pada waktu malam untuk hindari gangguan tidur pada waktu malam. Jadi pastikan anda cukup tidur kerana tidak cukup tidur menyebabkan pertambahan berat badan dan dapatkan tidur yang berkualiti.
6. MINUM TEH HIJAU
Minum teh hijau setiap hari untuk membantu tingkatkan metabolisma badan dan membantu pembakaran lemak. Ia juga dianggap teh diet. Teh hijau mengandungi antioksidan ,enzim , asid amino dan polifenol. Mengikut kajian pengambilan teh hijau ketika bersenam atau ketika rehat memang dapat membantu bakar lemak dan membantu penurunan lemak dalam jangka masa yang panjang. Macam Mj sendiri akan minum teh dari Shaklee iaitu Cinch Tea mix yang diperbuat daripada serbuk teh hijau , merah dan putih, Mj akan minum setiap kali masa bersenam atau jogging.
Jadi dah lihat kan tips untuk kurus dengan cepat, seterusnya tinggal anda sendiri yang letak mindset yang betul untuk turunkan berat badan. Yang penting perlu disiplin yang tinggi dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. Semoga tips ini bermanfaat dan membantu semua yang berazam nak turunkan berat badan.
KLIK SINI UNTUK GUIDE KURUS.
Amirah Jadilah MJ
Shaklee Master Coordinator
Founder of Dreamcatcher
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
Yang paling akak dapat dari set kurus shaklee inch loss dan berat statik. Lengan dapat la kecik berbanding dulu
ReplyDeleteBestnyaa. Tahniahh akk!
Delete